Thursday, April 25, 2013

4 kunci kebahagiaan

Setiap perkahwinan pasti akan di landa pelbagai dugaan. Jika ikatan tidak kukuh, sudah pasti perpisahan yang akan terjadi. Berikut adalah empat kunci kebahagian dalam perkahwinan.

Kunci pertama : Jujur antara satu sama lain.
Apabila berkahwin, rahsia pasangan anda akan jadi rahsia anda dan rahsia anda akan jadi rahsia dia juga. Sentiasa jujur dengan pasangan anda. Apabila anda berdua jujur antara satu sama lain, semua masalah tidak akan jadi berat dan semua perkara dapat di selesaikan dengan mudah. Selain itu, anda juga akan saling percaya antara satu sama lain apabila masing – masing selalu berterus terang.

Kunci kedua : Sangat intim antara satu sama lain.
Intim bermaksud hubungan yang sangat rapat merangkumi hubungan antara suami dan isteri termasuklah hubungan seks. Apabila anda layan pasangan anda dengan sepatutnya, anda berdua akan lebih rapat dan memahami antara satu sama lain. Jika anda dan pasangan anda intim antara satu sama lain, tiada masalah yang akan timbul. Anda berdua juga akan selalu bahagia.

Kunci ketiga ; Sentiasa fikirkan kebahagiaan.
Jangan sesekali berfikir untuk bersedih, merajuk atau pentingkan diri sendiri. Sebaliknya sentiasa fikirkan cara untuk peroleh kebahagiaan. Jika perlu berkorban, berkorbanlah supaya kegembiraan tiba dalam hidup anda.

Kunci keempat ; Selesaikan masalah dengan segera.
Jika ada masalah timbul, selesaikannya dengan segera tanpa tertangguh. Jika tertangguh, masalah yang anda hadapi mungkin akan jadi besar dan tidak dapat di kawal lagi.
 
 
**bila kita mula hilang ke empat2 ini,,pasti hubungan mula goyang,,dan mula lah hilang kepercayaan..

Monday, April 22, 2013

senyumalah,,

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,,,
Sama-samalah kita renungkan cerita sedih seorang isteri ini,,,

BILA ISTERI TAK CANTIK (Pengakuan Seorang Isteri)

Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...

Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...

coretan dari hati seorang Muslimah:

*************************************************

Pembaca Semua,


Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. 

Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. 

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. 

Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. 

Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. 

Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya. 

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. 

Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. 

Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. 

Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. 

Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. 

Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. 

Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. 

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.

Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. 

Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. 

Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

~ Muslimah sejati ~

************************************************

* Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. 

Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. 

Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. 

Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman dan perkahwinan juga tempat kita di uji. 

Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah . 

Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. 

Jadikanlah kebaikan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. ...
InsyaAllah.. .....



** Sayu hati ini bila membaca,,kerana apa yang berlaku itu adalah sama,,,cuma aku masih belum sampai ketahap berpisah,,kerana masih mengharapkan suami pulang kepangkal jalan,,lebih utamakan anak2 yang sedang membesar.. kepada wanita yang masih bujang dan yang sedang mencari2 bakal suami,,sedar lah sekarang mungkin anda sedang bergembira bahagia,,jangan lupa dunia ini bulat sekarang anda bahagia satu hari nanti anda juga akan rasa yang sama jika anda menjadi orang ke3. Dunia akhir zaman setiap perkara di bayar tunai oleh tuhan sbb dia nak umat dia lihat sendiri setiap pembalasan dari dia.

Tuesday, April 16, 2013

Mencari sinar harapan

Apa yg Ada Akan aku guna sebalik mungkin,,,agar dapat aku jadi kan kenangan Dalam kehidupan,,setiap saat yang aku lalui bersamanya,,adalah saat yang membahagiakan hari-hari ku.
Semoga dia tahu kehadiran ku.

Thursday, April 04, 2013

1 bulan 2

Terasa lepas nyawaku saat ini
Saat kau ucap kata terakhir bagiku
Kau hancurkan mimpi-mimpiku

Tak ada rasa sedikit pun kau bersalah
Kau yang selalu berjanji akan selalu setia
Namun kini kau yang mengingkari

Ha…. tanggal 1 bulan 2 cintaku berakhir luka
Kekasih yang aku puja pergi tanpa alasan
Tanggal 1 bulan 2 tertulis dalam hatiku
Sejarah cinta yang rapuh, takkan pernah ku lupa

Percuma saja kasih sayang yang ku beri
Bila kau balas dusta, kau khianati cinta
Sia-sia pengorbanan ini

Ha… tanggal 1 bulan 2 cintaku berakhir luka
Kekasih yang aku puja pergi tanpa alasan
Tanggal 1 bulan 2 tertulis dalam hatiku
Sejarah cinta yang rapuh, takkan pernah ku lupa

Tanggal 1 bulan 2 cintaku berakhir luka
Kekasih yang aku puja pergi tanpa alasan
Tanggal 1 bulan 2 tertulis dalam hatiku
Sejarah cinta yang rapuh, takkan pernah ku lupa