Wednesday, August 07, 2013

Syawal 2013

Ya Allah,,tabahkan hati ku untuk syawal yang bakal menjelma ini,,
beri lah aku kekuatan untuk tempuh dugaan ini,,
Ya allah tenangkan lah hati ku ini,,aku ingin bahagian di pagi syawal,,
Ya allah,, kembalikan keceriaan ku,,kembalikan kekuatan ku,,
kembalikan kasih ku,,

amin

Monday, July 29, 2013

Ego2

Terlalu ego Nya lelaki,, suka menuding jari pada org lain,, tak penah nampak salah diri sendiri,, (dlm hati aku ni nak anje aku sepak muka dua2) tak tahu malu dn tak tahumenghargai org lain. 

Tak tahu nk luahkan perasaan marah ni,,,, langgar bagi mati kot baru puas hati,,, suka sgt menyakitkan hati,, aku benci hidup dlm keadaan mcm ni,,


Benci siot,,, susah lah ko nak beranak nanti,,, biar ko tahu sakit nye mcm mana. 

Friday, July 19, 2013

Sekali lagi

Hari ini sekali lagi aku rasa di uji,,,

tah lah,,, susah nak percaya,,

ni kah nasib ku ,,

akan terus di sakiti secara diam,,

apa kah kesudahan cerita hidup ku ini,,

sejauh mana kekuatan aku,,sejauh mana kesabaran aku,,

ya allah,,,, berat nye,,

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak

**Penuh per isian,,yang tak mungkin mampu di huraikan dengan kata-kata,
hanya wanita yang tahu erti nilai hati seorg wanita lain yang mampu mengtafsirkan nya.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,, mungkin saat ini dia gembira melihat hati wanita lain terluka,,
tetapi dia lupa siapa yang mencipta siapa yang menentukan apa yang sedang berlaku,,KARMA pasti ada jika hati mu penuh dengan sikap yang sama.. sedarlah,, jangan kau rosakkan peluang yang ada kerana aku lebih bersedia.

Monday, July 01, 2013

Hari Ku

Hai,,saya tak tahu lah ade ke yang baca blog ni,,view page makin meningkat,,tapi tak tahu lah sapa yang view blog ni,,

Apa-apa pun terima kasih,,maaf blog ni hanya untuk aku luah kan perasaan aku yang di rundung resah,,tentang pejalanan hidup aku di atas muka bumi,,tentang kisah percintaan aku bersama insan yang aku sayang,,suka duka aku tempuh hidup ini. Maaf sekali lagi kalau ada yang terasa.

Hidup di dunia ini ibarat roda,,sekejap kita di atas,,sekejap kita di bawah,,hari ini kita menangis hari esok kita ketawa gembira,,hari ini kita ada insan yang kita sayang hari esok kita tak tahu lagi mampu kah kita terus bersama,,,??

** Hari ini aku belajar terus kan hidup dengan sendiri,,di iringi doa dari emak dan emak mertua ku,, aku kuat tempuh dugaan tuhan saat ini ada lah atas semangat dan kasih sayang dari mereka dan kasih sayang aku pada ank-anak ku,,tak siapa tahu apa yang ada dalam hati ini,,tak siapa yang tahu bertapa sunyi nya hidup yang aku tempuh saat ini,,tetapi pencipta ku(tuhan) sahaja yang tahu apa ada dalam hati ini,,bertapa kesunyian nya hari2 ku tanpa dia yang di gelar suami.

** Hari ini menjadi detik kekuatan untuk aku,,menjadi mummy kepada 3 org cahaya mata ku yang sedang meningkat dewasa,,sedang belajar untuk hidup tanpa ayah di sisi mereka,, tak siapa tahu apa yang anak2 aku rasa bila berjauhan dari ayah mereka,,tetapi aku akan pastikan yang anak2 aku cukup didikan,,cukup kasih sayang,,cukup perhatian,,walau pun kasih sayang tu hanya dari aku seorang,, wahai anak2 mummy membesar lah dengan sempurna jadi lah anak2 yang baik,,anak2 yang tahu hormat orang tua,,anak2 yang tahu membalas jasa kedua org tua mu.. semoga mummy tenang ketika mengadap pencipta mu nanti.

** Hari ini aku belajar untuk terus kan hidup dengan selawat dan zikir,,dan akan pasti kan aku tersenyum untuk hati aku dan keceriaan ku,, hidup di atas kaki aku sendiri,, dia sekadar sandaran dalam perjalanan aku.

Ya allah ampun kan dosa ku selama aku bernafas di bumi mu ini,,lindungi anak2 ku dan pelihara lah akhlak mereka sehingga hujung nyawa mereke.

amin,,,
:)

Wednesday, June 19, 2013

bahagia nya bila,,,

Hai,,rasa macam rajin pulak luah dalam ni,,

emmm bahagia kita rasa bila kita selalu ingat tuhan,,bahagia rasanya bila kita redha dengan ketentuan tuhan,
so aku sentiasa cuba redha dan terima apa yang tuhan dah tentukan untuk aku,,dunia ini hanya sementara sahaja yang kekal adalah di sana, aku pasti setiap rasa sakit di hati setiap titis air mata aku ,,tuhan akan ganti dengan sesuatu yang akan membahagiakan aku.

Ye sekarang aku belajar untuk sentiasa tersenyum,,walau pun bukan untuk org lain,,tetapi senyman untuk diri aku sendiri,,agar aku kuat tempuh dugaan ini,,hati ini bahagia bila kerap mengingati tuhan,,walau pun solat ku tidak berimamkan 'Suami' tapi aku bahagia,,semoga kesabaran kekuatan ku ini di terima tuhan.

Dunia ini ibarat roda,,mungkin sekarang aku yang kecewa..mungkin sekarang aku yang sering menagis,,mungkin sekarang aku yang terluka,,tetapi janji tuhan itu juga pasti,,setiap air mata seorg isteri pasti ada balasan nya. Ya allah berilah aku kekuatan untuk tempuh dugaan dunia mu ini,,bawa lah aku menujuk syurga mu yang penuh kebahagiaan.

amin

Saturday, June 15, 2013

Tenangkan hati

Emmm pengalaman dalam masa sebulan selepas tahu segalanya,,,
Hari2 ku celaru,, jiwa ku memberontak untuk kepentingan diri sendiri,, hari2 aku rasa seperti di permainkan,,
"ya allah tunjukkan aku setiap air mata aku untuk dia ,,kau gantikan dengan senyuman kebahagian dalam diri ku,,untuk aku bangun dari kesedihan dan kekecewaan" doa aku hari2 agar dia rasa setiap luka yang ada dalam hati aku,,bertapa aku kecewa dan tersiksa hidup dalam penipuan dia selama ni,,

Aku bukan bodoh,,aku manusia yang tuhan cipta dengan deria naluri seorg isteri,,aku tahu setiap gerak geri,,setiap bicara dan setiap apa yang berlaku,,aku tahu,,
Jangan ingt aku diam aku bodoh,, aku cuba kawal hati aku,,emosi aku kerana aku nak bagi kau peluang,, peluang yang xpernah kau hargai,,,

Yang kau kejar keseronokan,,
tetapi aku,,aku kuburkan segala minat aku,,keseronokan aku untuk apdikan diri aku untuk keluarga,,
di mana aku kau letak,, kau hanya anggap aku sebagai org yg untuk jaga keperluan kau tp kau lupa jaga hati aku,,kau kawal pergerakan aku,,dgn siapa aku nak kawan,,kau takut kehilangan aku tapi kau tak tahu jaga aku,, sebaliknya kau sering kecewakan aku,,kau masih lukakan hati aku dalam diam,,

Pergi lah kau kejar keseronokan kau,,
aku berharap satu hari nanti kau akan jatuh terduduk lagi,,saat itu tuhan akan tunjukkan siapa kawan dan siapa lawan,,siapa berguna siapa tidak.

Aku hanya berserah,,
"pedih menyaksikan dikau dan dia,,pilu,,airmata kasih menalir di pipi,,hampa,,impian ku luka berdarah,,,"
hati yang kecewa

Friday, June 14, 2013

Hari Yang busy,,

Waaaaa bila hari yang busy datang,,aku terlalu senang hati,,tanpa memikirkan tentang kehidupan,,
aku lebih suka keadaan yang macam ni,,busy,,

Bila busy aku hanya akan intai HP,,tgk pic dia,,walau pun hati kecewa,,tapi aku tetap sayang kan dia,,
"biarpun hati ini berdarah,sehingga kering di mamah mentari,,apa salah ku di sakiti sebegini,,perlukah aku terus mengharapkan,,damai yang hilang kembali ke kamar,,"" tiba-tiba masuk liriklagu pulak,,hihihi

Hidup ni kene senyum,,walau pun bukan dengan orang lain,,tp senyum untuk diri sendiri,,biar damai hati ini,,
lalalalala nyanyi2 sikit,,chit chat dengan kawan ofc sikit,, Texting with someone make me smile more,,and more ,,in happy.kadang-kadang tak semestinya org tu ada ikatan dengan kita yang boleh buat kita happy,,org lain pun boleh juga,, mybe someone,,somebody or someone alse,,,
my mood happy with you aroud of me..

:)



Wednesday, June 12, 2013

cukup jangan di tanya

Ku ini milik mu,,
ku ini mahu mu,,
jangan kau biarkan aku,,terus sendiri..
mencari sinar bahagia,

saat hilang tawaku
saat sinar mula pudar,,
saat aku kehilangan mu,,
saat aku pergi dari mu,,

Kemabalikan lah sinar itu,
bantu lah aku kembali kasih kan mu,,
ku ingin selalu bersama mu,,
bila kau mula mengerti aku,,
aku terlalu kasih kan mu,,

cukup jangan kau tanya
ingat saja waktu nya,,

Saturday, June 08, 2013

Surat 2

Abg,,

Saat ini hati ini terasa sayu bila mendengar yang abag akan kesana,,secara jujurnya mmg sy g nak dengar dari mulut abg sendiri,,biar pun jujur tetapi pedihnya menikam kalbu syg,,dan saat ini hati syg menangis sendiri..mungkin hati ini belum cukup kuat untuk tempuh semua ini,,tetapi ketahui lah oleh abg air mata ini bukan kerana benci dan marah atas apa yang berlaku tetapi kerana terlalu kasih dn sayang kan abg.

Abg,,

Secara jujur terlalu berat untuk tempuh,,bagi lah syg masa untuk paham keadaan ini,,mmg dari luar abg nmpk syg kuat dan tabah,,tetapi dr dalaman syg terlalu lemah abg,,terlalu lemah,,
Tiada kata yang mampu syg luahkan,,hanya air mata peneman syg disini di saat abg tiada bersama syg..

kebahagiaan yang abg cari adalah penderitaan untuk syg di sini,,,
semoga kita kekal bersama untuk selamanya..

sabar lah wahai hati jangan menangis,,,

Friday, June 07, 2013

surat 1

Kepada abg,,

Mungkin surat ini tak penting pada abg,,kerana abg dah dapat apa yang abg hajatkan,, pada sayang ,,
sayang hanya penuhkan kehendak abg,, sayang hanya lah sampingan pada abg,,
apa yang abg buat hanya lah untuk keseronokan abg,,,sayang terima seadanya kerana sayang kasih dan sayang kan abg.

Abg,
Sayang berharap agar abag tahu menjaga hati sayang untuk akan datang,,jangan lah ada penipuan antara kita lagi,,hati sayang terlalu banyak luka yang masih berparut,, hargailah apa yang sayang laku kan untuk menggenbirakan abg.
Sayang berdoa abg mampu menjaga keluarga kita sebaiknya..

Andai ini yang abg minta,,sayang terima dan redha untuk melihat abg gembira,,
maafkan sayang atas kesalahan sayang selama ini,,tutup lah buku lama tentang hubungan kita dan buka lah buku baru demi masa depan anak2 kita. Bagi lah sayang masa untuk rawat hati yang luka dan sayang perlukan ubat dari abg utk sembuhkan hati ini,,

Bantulah sayang untuk hidup gembira,,

sayang selalu,,
sayang :)

Thursday, June 06, 2013

Cincin

Terharu rasa hati Ini,,,
Bila nampak cincin yg terukir Nama aku masih Ada di jari dia,,,
Cincin itu aku yg tempah sepasang cincin terukir Nama aku Dan dia,,, tp cincin pada dia aku dah buangkan lama dulu bila aku terlalu kecewa dgn dia,,, dn cincin pada aku masih aku pakai sampai skrg,, 

Aku pernah cari cincin itu semula tp tak jumpa,, semalam air mata aku menitik bila trlihat yg cincin itu Ada pada jarinya. 
Selama Ini dia masih syg kan aku dn dia sanggup kutip cincin yang aku dh buang. Ya allah andai masih Ada kasih antara kami kembalikan lah dia ke jalan yg benar,, bersama aku dn ank2 Nya,,,Dan andai kata Ini yg kau tentu kan,, permudahkanlah Urusan kami dalam seharian,,, bahagia kan lah hati ku yg terlalu terluka , 

Amin 

Majlis raja-raja


Minggu ni aku busy dgn kerja,, pape pun aku happy dengan kerja aku,, my bos letak 100% kepercayaan kat aku untuk majlis ni,,,walaupun sebenar Nya en.shuk yg banyak membantu,, 

Sepanjang majlis raja-raja Ini alhamdulillah tiada sebarang ganggu emosi pada aku,, aku bersyukur dengan apa yang tuhan beri,,

Di sini aku lampirkan sebagai kenang-kenangan untuk masa Akan dtg,, berjumpa dn beramah mesra dengan raja perlis , raja muda perlis dn raja nazrin,, happy mood,,,, 



 

Ni je yang sempat,,, setiap saat busy Layan mereka-mereka,,

Saturday, May 25, 2013

Saturday 25 May

Hari ini,,aku bangun dengan azam untuk lebih mengutamakan diri sendiri,,
biarlah yang dah berlaku tetap dah berlaku,,aku hanya tunggu apa yang akan berlaku akan datang,,
selagi aku kuat selagi aku bernafas selagi mampu melihat anak2 aku membesar depan mata,,aku akan terus bertahan demi anak2,,kerana anak2 lah kekuatan aku selama ini,,dan kali ini pun kekuatan aku ada pada ank2,,semoga anak2 aku cepat besar dan boleh jadi kawan bila saat aku memerlukan sokongan dan kekuatan,,

Semalam aku tak kerja,,sempatlah ke klinik untuk check up kesihatan,,kerana kerap sakit dada kebelakangan ini,,emmm

Semalam juga aku kehilangan kekuatan dari keluarga,,ye macam mana aku perlukan masa untuk semua yang berlaku,,macam tu jugalah dengan keluaga aku,,tetapi mereka kena paham,,aku yang kene tempuh semua ni,,mereka hanya lihat dan dengar apa yg berlaku,,mereka tak boleh salah kan 'dia',, aku cuba mempertahan kan 'dia' tetapi,,aku yang menangis sendirian,,,, emmm bukan lah nak mengeluh sangat tapi susah untuk org lain paham apa yang aku rasa,,

Aku harap sangat 'dia' paham,,, tak mintak harta berbukit intan belian bergunung,, cukup lah dengan jujur dan adil,, tak kasih dan sayang aku lagi tak pa,, tp jangan sampai abaikan ksh sayang pada ank2,, hanya anak2 kekuatan aku skrg ini,,aku tak nak ank2 aku terabai,,aku nak mereka membesar dengan sempurna dan cukup kasih sayang dari mummy,,mmynad dan ayah..

Ya allah,,
beri lah aku kekuatan,,kuatkan lah hati ini,,kau sembuhkan lah luka yang ada,,beri lah aku peluang untuk merasai kebahagiaan dan ksh syg suami,,sebelum aku menutup mata mengadap mu di sana,,,

aminnn..
:) 

Friday, May 24, 2013

Hati 2

Saat ini aku menangis kesepian bila mula rasa di abaikan,,,kenapa perlu Ada rasa mcm ni,,, knp dia Tak pernah belajar paham apa aku rasa,,, knp dia biar kan aku Ada rasa kesepian sedang kan aku Cuba belajar terima pilihan dia,,
Knp,,,, knp

Susah ke ??? 

Aku Tak cukup kuat utk tempuh ini semua,,, aku Tak kuat 

Aku Tak blh paksa diri aku lagi,  cukup lah kau dear hati aku,, cukup lah kau lukakan hati aku,, 

Aku benci mcm ni,,,,

Thursday, May 23, 2013

Hati 1

Benar kata org ,,bila terlalu kerap hati kita dilukakan,,
semakin sukar untuk kita pulihkan,,
Sekarang aku mula celaru dengan hati aku,,aku sentiasa cuba untuk berfikiran positif,,
yang berlaku biarkan lah,,ini yg tuhan tentukan,,
dan aku yakin ada sesuatu yg sendang menanti aku dari pencipta ku,,

Saat ini hati aku penuh gundah,,aku tertanya2 benarkan dia busy,,atau busy texting dgn si dia???
kerana text yg masuk untuk aku,,blh dikira,,aku celaru,,pikiran aku buntu dan hati aku sakit,,
Terlalu sakit hingga membuatkan seleraku mati untuk makan,,
aku sunyi,,walaupun aku berusaha untuk bangun dengan sendiri,,tapi aku tak kuat untuk menghadapinya,,
pada aku dia tak pernah pikir dan risau kan tentang aku,,
kerana selama ini apa yang aku lakukan untuk aku dan anak2 aku lakukan dengan sendiri,,
dia terlalu busy,,
entah lah,, susah untuk pulihkan hati ini,,
setiap malam hati ini menangis kerana dia,,
setiap saat hati ini merindui nya,,
setiap hari hati terus memperkatakan tentang dia,,,

aku takut dengan sikap aku yang lembut hati ini,,akan membuatkan akuu terus diabaikan,,
aku takut,,dia lupa akan aku,,
dan pada aku,,dia tak pernah risau tentang aku,,makan aku,,hari2 aku,,susah aku tanpa dia,,dia tak pernah pikir,,

ya allah berilah hati aku ini kekuatan,,ketenagan,,dalam meneruskan hari2 ku di sisi mu,,
andai dia bukan lagi milik ku,,bawalah ia jauh dari hati ku,,
saat ini aku ingin merasa bahagia,,bersama anak2 ku,,melihat mereka membesar di hadapan mata ku,,
ya allah,,andai sampai waktu kau rasa aku tidak cukup kuat lagi,,ambil lah aku pergi jauh dari dunia mu
yang penuh pancaroba,,,saat itu aku tak mampu untuk terus bertahan lagi.

** percayalah,,hati tak nampak berdarah,,tetapi luka dan kesan sakit tetap terpahat selamanya di hati,,
kerana hati terlalu lembut dan mudah terluka dan mudah diluka oleh insan yang hati sayang,,,

Kuatkan hati ku,,,

naluri sekeping hati

Saat diri ku ingin berlari mencari
makna seatu suratan
dalam kedukaan dibanjiri airmata
entah dari mana puncanya
hati ini seolah-olah di rejam
bagai belati menikam,,

mungkin ini igauan atau dugaan
menguji hatiku supaya diri ku lebih
mengenali isi hati mu
untuk hindari dari segala prasangka
yang selalu melintasi fikiran ku,,

kejam sungguh perasaan ini
semakin diriku cuba mengusirnya
semakin deras titisan mutiara ini jatuh kebumi
sungguh lemah dirku mudah longlai
dari ujian MU,,

ku berserah pada MU TUHAN
berikanlah diriku kekuatan
untuk rentasi segala kemungkinan 
yang datang menggoda
tanpa memikirkan kekecewaan,,
naluri sekeping hati,, 

Love my life



** mencari diri sendiri untuk sesuap nasi dan sebaris senyuman,,berdiri di atas kaki sendiri. I never wish to be perfect,,i just want to be happy ,,free and enjoy with everything in My life,,❤❤

Tuesday, May 21, 2013

sukarnya

Setelah tahu segalanya,,aku sentiasa berusaha untuk berdiri di kaki sendiri,,
mencari nilai diri sendiri,,berdikari sendiri,,org lain hanya mampu berkata2 memberi semangat,,tetapi untuk tempuh segalanya terletak di tangan ku sendiri,,,

Aku redha dan sedang belajar untuk terima 'DIA' dalam hidup ku,, terlalu sukar sebenarnya,,tapi aku terpaksa tempuh,,aku sentiasa berdoa dan berharap agar 'DIA' paham apa yang aku alami dan lalui,,
Aku sendiri sedang belajar mengenali,,,kenal hati budi,,dalam masa yang sama aku takut di permainkan,,sukar untuk aku wujudkan balik erti 'KEPERCAYAAN' bila kepercayaan yg aku bagi hilang macam tu je,,sekarang bila macam ni,sukar sebenarnya nak cari nilai kepercayaan,,bagi lah aku masa untuk semua ini,,in sha allah aku akan berusaha untuk proses 'PEMAHAMAN' ini.

Dari luar org kata aku kuat,,sabar tabah,,,tp mereka tak tahu dalaman aku,,
aku berlawan dengan hati dan otak untuk kawal emosi selama ini,,demi menjaga hati org lain,,aku lupa tentang hati aku sendiri,aku abaikan diri aku sendir,,demi nak jaga hati org lain.
Aku lupa kepentingan diri sendiri,,aku abaikan perasaan aku sendiri.

Ya allah bantu lah aku,, aku ingin bangun dari kesakitan ini, aku ingin maju demi agama mu,,jauh kan lah aku dari dosa dan maksiat,,pelihara lah aku untuk menjadi seorg umah mu yg solehah..

Ya allah,,
ku mohon hapuskan lah air mata ini,,kembalikan lah senyuman di hati dan di jiwa agar aku tenang mengadapmu nanti.

amin,,

Saturday, May 18, 2013

Hati Yang tersakiti

Hari-hari yang ku lewati kini sepi
tiada lagi yang menemani
setelah kau campakkan aku jauh
dari persisiran hati mu nan rapuh
dan sepi kembali bersimpuh

Sungguh alu tidak mengerti
mengapa hatimu mudah berubah
setelah kasih sayang ku curah
kini hancur berderai musnah

masihkah kau tidak mengerti??
atau sengaja kau buat tidak perduli
keikhlasan hatiku tidak lagi berarti
segalanya kini menjadi duri,,
nan menikan nurani ini
teganya hati ini kau sakiti,,

Namun aku redha
dengan apa yang telah terjadi
mungkin ini takdir yang harus kujalani
kesetiaan hati tidak lagi kau hargai
kurela membawa hati yang luka perih,,

Semoga di suatu masa
lara ini akan sembuh semula
meski parutnya masih tersisa
inilah ujian yang harus aku terima,,

Hanya waktu
yang bisa menyembuh
tatkala musin berganti
dengan tabah aku lalui sendiri
luka ini pasti terubati
tiada lagi perih luka nan tersakiti,,,

(unikal s/ida FB)

Friday, May 17, 2013

Perjalanan Di Bumi Tuhan

Berjalan dibumi tuhan
tiap langkah memberi pelajaran
pelbagai wajah kegembiraan
terselit rupa-rupa kedukaan...

Berjalan di bumi tuhan
bersama doa yang di makbulkan
bersama permintaan yang di tangguhkan
semuanya nikmat dalam sebuah
penghayatan,,,,

Berjalan di bumi tuhan
perjalanan yang penuh cabaran,,
setiap langkah perlukan iringan doa dan zikir
agar dapat mengawal diri dari terus berjalan
di jalan yang lurus,,

dan
Perjalanan ini masih terlalu panjang untuk di tempuh
sekali kita belum pejam mata untuk di bawa pergi.

zikrulallah,,

Monday, May 13, 2013

Selamat hari ibu


Bulan ni merupakan bulan penuh kesabaran,, bila rahsia dia kami satu keluarga tahu,, bila aku perlukan lebih kesabaran ketenangan Dalam menyelesaikan masalah,, aku perlu lebih bijak Demi masa depan anak2. 

Sempena hari ibu tahun ni aku berdoa agar anak2 aku di beri kebahagian dlm tumbesaran mereka dn berjaya Dalam kehidupan dunia dan akhirat. Kepada emak2 ku ( emak kandung dn emak mertua) aku syg mereka berdua dunia akhirat,, semoga aku diberi kekuatan untuk menepuh Dugaan tuhan pada aku di dunia ini.

Amin  

Wednesday, May 08, 2013

Hari ke2 setelah ,,,,

Alhamdulillah saat aku tahu Dari dia hati aku terasa tenang sekali,, mungkin saat aku Memohon tuhan bersama ku dia tidak menghampakan ku,, kerana aku juga Umat Nya.

Alhamdulillah hingga saat ini aku merasa cukup kuat dan tenang,, seperti aku baru hidup dia alam nyata,,seperti baru kenal nilai seorg isteri,, Adakah apa yg aku rasa kan ini atas kerana aku meredhai ketentuan ilahi??? 

Sejak aku mula melakukan perubahan ttg ari2 ku,, ari2 terasa mendamaikan. Dan saat aku menulis ttg ini,, aku di iringi oleh suara seseorg yg sedang mengimam kan solat Zohar disurau lelaki,, terasa tenang sekalimendengar suara si imam menglagukan ayat2 al-Quran.. Hati mula terasa rindu untuk di imam kan oleh sang suami yg telah lama di tinggal kan. 

Ya allah jangan biar kan aku Terus sendiri ,, kerana tulang rusuk ku adalah untuk dia yg abadi,, kembalikan lah kebahagiaan ku dn senyuman yg telah lama hilang Dari seri hidup ku.

Amin,,Amin,, Amin 

Thursday, April 25, 2013

4 kunci kebahagiaan

Setiap perkahwinan pasti akan di landa pelbagai dugaan. Jika ikatan tidak kukuh, sudah pasti perpisahan yang akan terjadi. Berikut adalah empat kunci kebahagian dalam perkahwinan.

Kunci pertama : Jujur antara satu sama lain.
Apabila berkahwin, rahsia pasangan anda akan jadi rahsia anda dan rahsia anda akan jadi rahsia dia juga. Sentiasa jujur dengan pasangan anda. Apabila anda berdua jujur antara satu sama lain, semua masalah tidak akan jadi berat dan semua perkara dapat di selesaikan dengan mudah. Selain itu, anda juga akan saling percaya antara satu sama lain apabila masing – masing selalu berterus terang.

Kunci kedua : Sangat intim antara satu sama lain.
Intim bermaksud hubungan yang sangat rapat merangkumi hubungan antara suami dan isteri termasuklah hubungan seks. Apabila anda layan pasangan anda dengan sepatutnya, anda berdua akan lebih rapat dan memahami antara satu sama lain. Jika anda dan pasangan anda intim antara satu sama lain, tiada masalah yang akan timbul. Anda berdua juga akan selalu bahagia.

Kunci ketiga ; Sentiasa fikirkan kebahagiaan.
Jangan sesekali berfikir untuk bersedih, merajuk atau pentingkan diri sendiri. Sebaliknya sentiasa fikirkan cara untuk peroleh kebahagiaan. Jika perlu berkorban, berkorbanlah supaya kegembiraan tiba dalam hidup anda.

Kunci keempat ; Selesaikan masalah dengan segera.
Jika ada masalah timbul, selesaikannya dengan segera tanpa tertangguh. Jika tertangguh, masalah yang anda hadapi mungkin akan jadi besar dan tidak dapat di kawal lagi.
 
 
**bila kita mula hilang ke empat2 ini,,pasti hubungan mula goyang,,dan mula lah hilang kepercayaan..

Monday, April 22, 2013

senyumalah,,

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,,,
Sama-samalah kita renungkan cerita sedih seorang isteri ini,,,

BILA ISTERI TAK CANTIK (Pengakuan Seorang Isteri)

Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...

Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...

coretan dari hati seorang Muslimah:

*************************************************

Pembaca Semua,


Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. 

Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. 

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. 

Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. 

Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. 

Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya. 

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. 

Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. 

Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. 

Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. 

Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. 

Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. 

Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. 

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.

Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. 

Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. 

Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

~ Muslimah sejati ~

************************************************

* Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. 

Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. 

Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. 

Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman dan perkahwinan juga tempat kita di uji. 

Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah . 

Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. 

Jadikanlah kebaikan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. ...
InsyaAllah.. .....



** Sayu hati ini bila membaca,,kerana apa yang berlaku itu adalah sama,,,cuma aku masih belum sampai ketahap berpisah,,kerana masih mengharapkan suami pulang kepangkal jalan,,lebih utamakan anak2 yang sedang membesar.. kepada wanita yang masih bujang dan yang sedang mencari2 bakal suami,,sedar lah sekarang mungkin anda sedang bergembira bahagia,,jangan lupa dunia ini bulat sekarang anda bahagia satu hari nanti anda juga akan rasa yang sama jika anda menjadi orang ke3. Dunia akhir zaman setiap perkara di bayar tunai oleh tuhan sbb dia nak umat dia lihat sendiri setiap pembalasan dari dia.

Tuesday, April 16, 2013

Mencari sinar harapan

Apa yg Ada Akan aku guna sebalik mungkin,,,agar dapat aku jadi kan kenangan Dalam kehidupan,,setiap saat yang aku lalui bersamanya,,adalah saat yang membahagiakan hari-hari ku.
Semoga dia tahu kehadiran ku.

Thursday, April 04, 2013

1 bulan 2

Terasa lepas nyawaku saat ini
Saat kau ucap kata terakhir bagiku
Kau hancurkan mimpi-mimpiku

Tak ada rasa sedikit pun kau bersalah
Kau yang selalu berjanji akan selalu setia
Namun kini kau yang mengingkari

Ha…. tanggal 1 bulan 2 cintaku berakhir luka
Kekasih yang aku puja pergi tanpa alasan
Tanggal 1 bulan 2 tertulis dalam hatiku
Sejarah cinta yang rapuh, takkan pernah ku lupa

Percuma saja kasih sayang yang ku beri
Bila kau balas dusta, kau khianati cinta
Sia-sia pengorbanan ini

Ha… tanggal 1 bulan 2 cintaku berakhir luka
Kekasih yang aku puja pergi tanpa alasan
Tanggal 1 bulan 2 tertulis dalam hatiku
Sejarah cinta yang rapuh, takkan pernah ku lupa

Tanggal 1 bulan 2 cintaku berakhir luka
Kekasih yang aku puja pergi tanpa alasan
Tanggal 1 bulan 2 tertulis dalam hatiku
Sejarah cinta yang rapuh, takkan pernah ku lupa

Friday, March 29, 2013

sekeping hati


beLajarLah menGhargaI sekePing Hati keCil
kaRena apabiLA haTi iNi teLah di luKa...i
perCayaLah paSti aKan iA biSa terLuka
meSki puN luKanyA tidAk kaU liHat beRdaRah
nAmun paRuT nyA paSti kAn keKal paRah

naMun berSyukuRLah aNdai kaMu
memiLiki haTi yAng seRing di LukaI
kaRena meLaluI nyA
kiTa beLAjar menJadi seoRAng yAng taBah
beLajar menGubati haTi mu seNdiri
beLajAr baNgun darIpada keSiLapan cInta yaNg laLu
laLu lebIh meMahami , laGi menGertI daN taHu meNghargAi
kaRena ciNta seJati
hanYa memBerikaN padA saTu haTi
daN buKan nYa meMberiKAn sewEnang nYa paDa yaNg laIn

:: karEna ciNta yaNg berLandaSkan kejuJuraN buKan unTuk disaKiti

Saturday, March 23, 2013

Maafkan aku

Aku yang selalu
kau anggap lemah
karna tangisanku
airmataku adalah hujan
...
yang turun ketika langit hati
tak lagi mampu menahan
mendung duka yang kau ciptakan

Andai kau tahu rasaku
begitu kau sangat berarti
begitu besar rasa sayangku
berapa kali kau menyakiti
selalu ku maafkan

Tapi kenapa tak juga
buat kau sadar
aku yang selalu mengertimu
tapi kau tak mau mengertiku
entah sampai bila akan begini

Hingga waktu terus berlalu
kehadiranmu selalu mendatangkan kesedihan
kau berharap hubungan kita
kembali indah
tapi aku amat sadar
selamanya kau susah nak berubah

Maafkan aku karna
tak dapat menerimamu kembali
cukup sudah apa yang ku alami
apa yang dah berlaku
biarkan ianya berlalu

Aku sudah memaafkanmu
ku tenang dan bahagia
menjalani hari-hariku
tanpamu di sisi...

*rindu dalam sepi*

Thursday, March 21, 2013

Rindu bertaut kenangan

Di senja nan merah
pernah ada kenangan indah
ku memanggil nama mu dalam hati ku
terasa sayu di sanubari
ketika ku tahu masih ada rindu ini

Kenangan lama hadir seketika
tentang mu yang mengusik jiwa
saat kita berdua bersama
dalam rentak gerimis senja

Saat senja makin teserlah
ku cuba menulis puisi indah
untuk kenangan cinta kita
walaupun kenangan ini telah lama berlalu

Sejujurnya "aku masih merindui mu"
Adakah dirimu turut merindui ku disana??

Sungguh aku rindu kenangan bersama mu
walaupun ia telah lama berlalu
hanya kau di hati ku
akan kekal bersama ku selalu

Izinkan aku terus hidup dalam kenangan kita
bersemadi hingga akhir usia ku
jiwa ku resah merindui mu,,,Azw82 

Sayang

Di luar jendela renyai gerimis menyapa
kelip-kelip hilang dipandangan mata
walau derita dengan cerita luka
padamu tetap aku cinta

di balik awan kelam
bulan tersenyum memandang
pungguk asyik kerinduan
namun hati ku suram

wahai awan malam yang berarak
cintaku kian berserah
wahai angin yang berbisik
ku biarkan rindu terusik

ku cuba hapus luka yang mendalam
namun tak berdaya aku pendam
namun aku juga tak mampu menyimpan dendam
biarlah cinta ku tak kesampaian.

di luar hujan kian lebat
bersama lebatnya rasa rindu ku bertaut
pada malam aku layarkan
agar rindu di sana akan di sambut,,(azw82)

Friday, March 15, 2013

Sayu,,14 March

Sayu hati ini bila mendapat berita tentang kematian anak buah ku yang baru beberapa hari lahir untuk melihat dunia ini,,,pasangan kembar ini di lahirkan tidak cukup bulan,,(5bulan) cukup sifat cuma kurang berat badan lah kata doktor(600gm),, belum sempat aku melihat mereka si adik di jemput tuhan untuk kembali kepada nya,,terlalu sayu hati ini,,semoga dia akan menanti kehadiran ibunya dii pintu syurga.

"Saat menempuh kematiaan adalah sama dengan saat menepuh perpisahan,,walau kuat mana kita halang pasti jadi juga"

semoga roh si kecil di cucuri rahmat oleh tuhan yang menciptanya,,
Al-Fatihah

Friday, March 08, 2013

Ego

Terlalu ego bila berkata-kata,, layak kah hingga terpaksa sedemikian rupa,, aku sentiasa bersedia andai ini kesudahan nya,, maaf aku terpaksa kerana hati terlalu kecewa .. Biarlah sayang dan rindu itu aku simpan dalam kotak hitam ku untuk selamanya ,,

Aku terlalu kasih dan sayang kan kamu,, kerana terlalu sayang aku kau kecewa kan,,,

Pergi lah andai perpisahan yang kau nantikan dari ku,,,,
Pergi jauh dan jangan kembali lagi dalam hidup ku,,

Tiada air mata untuk perpisahan ini,,,

Monday, February 25, 2013

Sikap 'ego'

Kenapa lah kene ada sikap "ego"kan,,,
Tapi sayang sikap tu di lah gunakan,, perkara yang salah di pertahan kan,,yang untuk kebaikan di diarkan,,
aku tak suka sikap "ego" ni,,, bukan ada kebaikan tapi banyak keburukan,,,,

** Buang lah sikap tu,,,xda gunanya,,bertambah merosakkan,,,

Saturday, February 23, 2013

Ada Aku Peduli???

ADA AKU PEDULI??

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ket...
ika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram...
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam...
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar...
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa...
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku...
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan...
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...
Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki

Saturday, February 16, 2013

Kau di sana aku di sini

Sekali kaki ku melangkah tak mungkin ku undur semula,,, ya allah beri ku kekuatan untuk teruskan perjalanan ku,, beri aku kebahagiaan bersama 3 orang permata hati ku,, benih cinta ku padanya,, hanya mereka yang akan sedekahkan al- fatihah andai satu hari nanti aku sudah tiada lagi nanti,,

Ya allah,,
Beri ku petunjuk ya allah,,andai ini jalan terbaik untuk ku,,
Amin,, 

Wednesday, February 13, 2013

Berat Sangat,,

Berat sangat hati ini,,mungkin terlalu fikirkan setiap masalah yang datang.
Semoga keputusan yang aku akan ambil ini ada lah yang terbaik untuk masa depan aku,,

:(
not in mood

Wednesday, February 06, 2013

Malam


Malam bulan di pagar Bintang ,, seperti lirik lagu arwah tan Sri p.ramli.. Waktu ini 2 pagi,, mata ini tidak mampu ku lelapkan walau pun dalam pelukan Kasih.. Saat ini hati tertanya2 adakah ini ceritanya,,, adakah ini kesudahannya atau masih Ada ceritanya,,,,

Janji untuk diriku tiada air mata,,, cukuplah air mata yg aku bazirkan untuk percintaan ini..



Thursday, January 31, 2013

persoalan

Pelik seketika,,bertapa murahnye wanita or gadis2 kita,,menjatuhkan air muka mak ayah dia,(tersenyum sinis)
Ayah seorang imam kot tp anak boleh pulak ambik gambar laga2 pipi,,cium2 pipi,,peluk2,,(bertapa murahnye budak tu) yang paling sadis lelakinya laki orang,,, siap publish pic dekat wall,,,so sad this world.

Alhamdulillah aku tak pernah jatuhkan airmuka mak ayah aku,,, tp itu lah yang di janjikan tuhan jodoh pertemuan di tangan tuhan,,,tuhan yang tentukan jalan hidup umatnya,,,dan aku redha.

tentang persoalan tadi,,,
Tak malu ke kalau org sekeliling bercerita tentang mak ayah kita nanti?

pesanan ku:- Dunia ni ibarat roda,,sekejap kita diatas sekejap kita di bawah,,sekejap kita nangis sekejap kita happy,,,so beringatlah,,akhir2 zaman ni tuhan balas cash. I don't want say anything,,i like to see what happen with bout of you. what is the ending about this story.. 

menjatuhkann airmuka ayah dan air mata seorang ibu,,hidup ko tak selamat. this is the true.

thing about this,,girl
:)



Senyum lah sayang

Senyum memberi seribu makna dalam kehidupan,,masih terlalu awal untuk aku katakan tentang bahagia,,, tapi mmg aku sedang berbahagia " bahagia itu bukan dari sesiapa tapi dari diri sendiri,,diri kita sendiri yang perlu wujudkan perasaan bahagia itu" dan aku sedang bahagia,,, bersama keluarga yang tersayang.


Tuesday, January 15, 2013

Di Boboi kesayangan

Tentu saya lupa nk cerita tentang di Boboi ahli baru dalam keluarga saya,, manja sangat penghibur saya ,, letih2 pun saya tetap cari dia,,, ini lah dia di manja saya

Thursday, January 10, 2013

10 January 2013

Selamat hari jadi for my kid baby,,, semoga cepat besar jadi anak yang soleh belajar pandai2 cepat besar,,mummy sayang baby selalu

Wednesday, January 09, 2013

alhamdulillah,,,

Setiap yang berlaku ada hikmah nya,,,itu janji tuhan. (dalam tersenyum) akhirnya setiap yang berlaku
 tak sia-sia,,, aku bahagia dengan hikmah mu ya allah,,, (senyum lagi) 

Semoga hikmah ini berkekalan hingga hujung nyawa ku,,,(tersenyum bahagia)

:) 

Tuesday, January 08, 2013

Bahagia 1

Kebahagiaan itu bukan dari sesiapa atau dari siapa,,,tapi kebahagiaan itu ada lah bermula dari diri kita sendiri,,kita yang akan membuatkan kita bahagia,,,

kebahagiaan itu bukan dari insan yang kita sayang,,tp kebahagian itu kita sendiri yang bina,,bina dengan hati yang ikhlas dari hati kita yang suci,,,

saat ini aku mula membina kebahagiaan ku sendiri tanpa dia insan yang kuharapkan berada disisi,,,

bahagia akan hadir bila kira yang membuatkan diri kita bahagia,,,
aku bahagia bersama permata hati ku,,,

Thursday, January 03, 2013

2013,,,

salam 2013 semoga permulaan tahun baru ini di iringin dengan keceriaan,,semoga apa yang telah berlaku pada 2012 di simpan kemas dalam kotak hitam dan tidak mungkin di buka kembali,,

aku akan pastikan yang aku happy bersama anak2 aku,,,aku bahagia sebenar nya kalau dia tak da depan mata,,mmg lah hati risau,,,tapi aku ada anak2 yang lebih memerlukan aku,,,,so kita enjoy,,,,





Jika ditanya tentang cinta
Macam-macam lah jawapannya
Ada cinta yang membawa ceria
Ada cinta yang sanggup merana

Sanggup berkorban apa saja
Hilang kawan hilang keluarga
Lebih baik cinta pada yang ESA

Hidup ini penuh pancaroba
Kiri kanan terpaksa alah saja
Janganlah derita kerana cinta
Kerana cinta bahagia

Kalau benar cinta itu buta
Siapakah jadi mangsanya
Kalau cinta itu cinta setia
Nangis tertawa sama
ha... ha...

Kalau kita boleh beli cinta
Berapa pula harganya
Alangkah indah kita dicinta
Kerana hidup lebih bahagia




** be my self 2013**